Renungan di bawah ini adalah sebagai panduan dan iktibar sahaja dan yang benar itu datang nya dari Zat Wajibal Wujud, Qoliqul Alam (Allah SWT) dan yang tidak benar atau tidak relevant itu adalah dari penulis sendiri, boleh lah di jadikan sebagai pelajaran Ilmiah serta garis panduan dan Iktibar, bilamana jika ia nya Relevant pada pendapat anda, guna pakai lah kerana ianya adalah dari pengalaman penulis sendiri sewaktu berguru, Mengkaji, Mengaji, Belajar dan Mempelajari se hingga lah ke saat ini.

Sila lah rujuk dulu kepada Guru-guru yang Mursyik bagi mendapat kepastian.

   Masyur, terkenal, Glamour, Gelaran, Pangkat serta Kehebatan pula.

Jika ditanya, mungkin benar apa yang mereka katakan, jika tidak terkenal macamana orang nak tahu dan kenal kita, tiada pangkat mana nak di pandang mulia, sebab itu lah kita semua mengejar nya....tetapi perlu ingat, kesemua itu bukan jaminan kita hebat dan Glamour di akhirat nanti, di Alam kekal sana. Jika anda tahu atau pernah mendengar nyanyian Nasyid oleh Orkes Al Suraya dari Medan, yaitu lagu "Selimut Putih", di antara senikata nya adalah :

"Jangan Mahu di sanjung sanjungan, kau di Gelar Manusia Angkuh. Sadar lah diri, tahu di untung sebelum keranda di usung

Tiada lagi guna nya harta, kawan karib, sanak saudara. Jikalau ada, AMAL di dunia, itu lah saja pembela kita".

Ini lah pengingat kita, bukan lagu Rock dan sebagainya, itu mengalpakan kita.

Hidup di Dunia hanya sebagai tumpangan serta  sementara sahaja dan ianya adalah pentas sendiwara sementara dan semua nya hanya pinjaman belaka bukan nya mutlak hak kita, sebab itu bila kita kembali ke Rahmatullaah semua nya tinggal kerana bukan hak kita. Unsur di pulangkan kembali ke unsur, Roh kembali pada Alam Roh, Jasad kita di simpan dalam tanah (Persemadian), dimana Air kembali ke Air, tanah kembali ke Tanah, Api kembali ke Api dan Angin kembali ke Angin.  Yang menjadi hak kita adalah jika kita ada melakukan Amalan semasa hidup di Dunia, yang itu kita bawa sekali nanti.

Alam Akhirat adalah Alam Kekal. Jaminan Kebahagian di Alam Kekal adalah pada AMALAN kita, ingat lah, Amalan kita di dunia KETIKA INI dan pada masa ini dan akan tamat pada nafas terakhir nanti, kita kena semak lah apa itu dikatakan AMALAN tadi. Ianya bukan lah kerana banyak dapat pahala, bukan lah kerana banyak buat kebajikan, bukan kuat buat ibadah, bukan banyak membaca Al Quran atau banyak buat sedekah, kenapa itu tak di kira amalan, sebab kebanyakan kita mahu kan pahala yaitu minta baksis atau imbalan kembali atas perbuatan bukan nya lil laah hi ta'ala bila melakukan kesemua di atas tadi tetapi banyak AMALAN. Zikirul laah dan Zikir taubah Atau Zikir Asma Al - Husna adalah Amalan yang di maksud kan, dan sentiasa 24/7 berkalimah syahadah / Kalimah Tauhid tanpa sesaat pun lalai.... Allah Ta'ala menguji pada Af'al nya dan memuji pada asmah nya.....cuba di semak qalam ini.

Renungkan sebentar firman ini :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَوَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ مِنَ الْجَنَّةِ غُرَفًا تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ نِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

كَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 yang bermaksud :

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh; Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezeki nya bersama, Allah jua lah yang memberi rezeki kepada  nya dan kepada kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 :-(Surah Al-Ankaboot - Ayat 57, 58 & 59)

Cuba kita hurai kan dan amati, apa serta siapa kah yang di maksud "Orang yang beriman" dan "beramal soleh" seperti yang di sebut dalam firman atas itu.

مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَاد.ُ

لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ

Ertinya yang bermaksud :

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).

- Surah Ali-Imran, Ayat : 197 - 198

 

  Nabi Allah Yusuf A.S bukan lah lawa, Tampan dan Cantik sebenarnya jika anda tahu cerita nya yang sebenar nya, baginda sebenar nya tak lawa. Tampan dan cantik kerana itu beliau telah di buang dan di tinggalkan dalam hutan serta pernah di campak kedalam perigi sewaktu baginda masih kecil. Yang membuat baginda jadi lawa, Tampan adalah Amalan zikir. Jadi Zikir lah segala segala nya (Zikir : Allah. Allah, Allah, Muhammad, Muhammad, Muhammad), nak hantar bantuan pun pada Arwah pakai zikir (Zikir Taubah), bukan tahlil yang membantu, kita cuma memohon sahaja sewaktu tahlil tersebut agar roh nya lepas seksa kubur atau di angkat bersama orang orang soleh. Simpanan kita ke Akhirat esuk adalah amalan zikir yang kita buat semasa hidup. Zikir yang di simpan (Antal Wahab).

Jadi kena lah belajar dan ambil tahu juga bagaimana nak berzikir ni. Sebab itu orang Tariqat berzikir hingga beratus ribu sehari, Maka sebab itu kita kena berguru pada yang Mursyik yaitu Guru yang tahu dan kenal siapa dia Allah SWT yang sebenar nya, serta buat amalan yang di terima : seperti firman nya yang bermaksud :  (Awal mengenal Aku, Kenali lah diri mu serata rata nya baharu kenal Aku dengan NYATA), yang tahu di mana nak simpan zikir zikir ini serta cara bagaimana nak lakukan zikir berbillion billion dalam sesaat, mustahil ke, tidak ada yang mustahil jika anda tahu....cuba lah kita sama sama hayati dan renung kan sabentar....

Kehebatan mempunyai Ilmu ilmu Shakti, ilmu ilmu Hikmah, ilmu kebatinan dan Hikmat atau Ilmu kekuatan serta kehebatan itu dan ini, mengambil khodam khodam tertentu atau perewang dan pendampingan Dato ini lah dan putri itu lah serta di beri gelaran Harimau Berantai, Dato Panglima Hitam, Shakti itu atau Shakti ini sebenarnya anda mempelajari hamba ilmu, Di sebut Sheh rul Mubiin (Sihir yang Nyata) atau ilmu Sihir. Benar kata Guru yang mengijazahkan itu kata nya datang dari Anugerah Tuhan, kurnian Tuhan, anugerah illahi dan sebagai nya. Tetapi tahu kah kita bahawa iblis dan syaitan pun tahu mengucap dua kalimah syahadah juga dan anugerahan serta kurnian benar benar dari Allah SWT adalah pada orang orang tertentu sahaja seperti Para Suhadah, Solihin, Ambia, para Rasul dan Para Nabi nabi serta para Wali Allah SWT, pada Para Wali Qutub dan pada para Malikat Mukorabin yakni para Wasitah Allah SWT dan pada mereka yang Bakakbillah dengan Allah SWT. Lima tingkatan Raja Ilmu yang perlu kita tuntuti ya itu Sufi, Hakikat, Khalifah, Martabat dan Abadi, ini yang menjaminkan dan Raja segala ilmu.

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Erti yang bermaksud :

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapan mu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusan mu.

Surah : Al-Ahzab, ayat 3

 لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

 

Erti yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

Surah Ali Imran- 186

قُلْ مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Erti nya yang bermaksud :

Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

- Surah  Al- Ahzab, Ayat  17

Raja segala Ilmu adalah Sidiq, Tabligh, Amanah, Fatonah, Sofi, Hakikat, Khalifah, Martabat dan Abadi (Bakakbilah), sembilan tahap kesemua nya, 4 Qadim Muhammad dan 7 Qadim Ketuhanan. Ini lah ilmu kehebatan di Dunia dan di Akhirat,  Ilmu Allah SWT yang sebenar benar nya tulin kerana kerahsiaan keshaktian nya Hikmah dan Hikmat ada di dalam ke sembilan tahapan ini berserta rahsia Husna nya  yakni sifat makni Allah SWT: Hayyan, Aliman, Basiran, Samii'an, Qudiran, Muridan dan Qalam. Kena tahu dengan sejelas nya Fungsi dan apa dia sebenar nya Kalimah Tauhid.

Firman Allah SWT

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Erti yang bermaksud :

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

- (Surah At-Talaq : Ayat 3)

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

 

Erti yang bermaksud :

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.

Surah : Al-Ahzab, ayat 3

Ramai yang ingin dapatkan ke tahap wali tetapi, tetapi untuk mendapatkan tahapan Keromah pun (Mendapat Kemuliaan Allah SWT - Mulut masin kata orang tua dahulu serta doa makbul) sahaja pun belum tentu tercapai, sebab banyak ujian dan dugaan akan di beri oleh Allah SWT untuk melihat sejauh mana kita yaqin atau Lahuwa Haq Qul Yakin, fasab bih bis mi rab bikal azim kepada kekuasaan nya. 

 - (Kemuliaan Allah SWT, Tahapan keromah - sifat  Nabi nabi - Tabligh, Sidiq, Amanah dan Fatonah atau di sebut juga sebagai Ahlak Mulia)

Jika masih mahukan serta inginkan imbalan imbalan ganjaran seperti Pahala pada segala perbuatan yang baik seperti sedekah dan sebagai nya, rasa nya tak begitu cantik lagi dan tak cukup menyakinkan ke tahapan Keromah ini. Jika kita lepas pun tahapan keromah (Sifat Nabi nabi - Tabligh, Sidiq, Amanah dan Fatonah - yakni  Bersifat Ahlak Mulia) itu anda hanya baru sampai ke tahap wali empat sahaja (kerana empat tahapan yaitu Zat, Sifat, Isma dan Fikli) sahaja yang mudah di fahami dan mudah di pelajari serta terdapat banyak guru guru nya) dan untuk mencapai ke tahap wali sembilan anda perlukan lima tahap yang di perkatakan diatas tadi - (Sofi, Hakikat, Khalifah, Martabat dan Abadi / Bakakbillah) serta tahu kerahsiaan sifat Tujuh Makni Allah SWT, mengetahui apa itu serta rahsia nya Qadim Muhammad dan Qadim Ketuhanan, baharu anda mencapai tahap wali sembilan, yang paling utama adalah apa kah kaitan solah dari subuh hingga Isyak itu kepada kita serta apa kah fungsi Syahadah itu berkait dengan kita, itu pun jika ada dengan kurnian dan anugerah dari Zat Wajibal Ujud, Qholiqul Alam juga.

Al-Hafiz, Ustaz, Imam, Imam Muda, Musidul, Naszir Masjid, Para Tok Kyai, Ustazah Pilihan pun belum cukup untuk ke tahapan Wali ini kerana mereka hanya setakat tahu ilmiah sahaja atau setakat berpesan pesan sahaja yakni Tabliq, baru tahu sahaja tapi masih tidak mengenal Allah SWT, lancar Bahasa Arab dan pandai menterjemah Bahasa Arab atau  Al-Hafiz pun baru peringkat ilmiah duniawi sahaja, belum pemegang wasitah Allah SWT.

Hanya setakat Ijazah atau pun Phd di mata pelajaran tertentu sahaja dalam pengajian islam yang hanya di akui oleh  Dunia ilmiah  serta mengetahui akidah serta Syariat nya sahaja dan masih belum di iktiraf kan oleh Allah SWT sebagai wasitah, pemegang amah dan pesuruh nya lagi, sebab mereka belum di ambil atau di angkat oleh Allah SWT berpihak kepada nya, cuma sebagai pendakwah syariat dan akidah sahaja di dalam dunia Ilmiah lagi yakni Tabligh. Jika mereka mengaku sebagai Wasitah Allah SWT, cuba suruh mereka perintah Para Malaikat membuat kerja. Jika boleh, maka baru lah boleh di iktiraf sebagai Pemegang Wasitah Allah SWT. Mereka cuma pendahwah (Tabligh) sahaja yakni berpesan pesan pada peringkat syariat dan akidah sahaja.

Menjadi pemegang wasitah Allah SWT itu pun setelah anda mencapai ke tahap sembilan ini serta tahu kerahsiaan sifat 7 Makni Allah SWT berserta fungsi nya serta juga tahu rahsia Qadim ketuhanan serta rahsia Qadim Muhammad, dan dengan pasti mesti tahu fungsi nya sebenar kalimah tauhid - syahadah serta tahu kena mengena nya Kalimah Tauhid tadi dengan kita, baru anda akan di martabatkan sebagai ketua segala para wali yaitu Wali Qutub oleh Allah SWT tetapi dengan Pra Syarat tertentu, dan peringkat terakhir anda hendak lah Bakakbillah dengan Allah SWT, yakni menjadi kekasih nya, ini pun jika anda mendapat kurnia dan anugerah daripada nya atau anda di ambil oleh Allah SWT Bakakbilah dengan nya. Anda akan menjadi WASITAH serta mendapat safaatan Allah SWT.  Ada dua safaat yang di iktiraf, oleh Allah SWT, yakni Safaatan Alal laah dan Safaatan Muhammadan. Mengapa tak mengejar yang ini......

Memang benar yang buruk dan baik (Qada' dan Qadar) datang nya dari Allah SWT, tetapi anda di beri AKAL dan FIKIRAN oleh Allah SWT, mengapa anda tak gunakan nya. Seperti firman nya - " Aku beri kamu Akal dan Fikiran, Mengapa tidak engkau gunakan nya". dan perpatah menyebutkan Fikiran anda lebih mengetahui daripada anda. Nak kaya, nak kuat, nak Ilmu yang sebenar Ilmu Mutlak asli daripada Allah SWT ada di berikan oleh nya. Maka gunakan lah Fikiran dan Akal     (disini lah terletak nya tahapan mana nya Martabat anda sebagai Khalifah Allah SWT) untuk mendapatkan nya.

 

Jika keris itu punyai Hikmah dengan Hikmat tertentu atau Batu, wafak, Buluh, cincin dan sebagai nya mempunyai kuasa Shakti tertentu (Semua itu adalah Hamba Ilmu), Siapa yang memberi kan kuasa kuasa itu pada benda benda tersebut?, sudah tentu lah Allah SWT yang mempunyai segala haq yang mutlak pada kesemua nya itu, jadi mengapa tidak ambil dan minta pada Allah SWT secara lansung terus menerus dengan Padu, Padat dan Mantap berpihak pada nya (Allah SWT), sebagaimana firman nya :

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Erti yang bermaksud :

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapan mu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusan mu.

Surah : Al-Ahzab, ayat 3

 

 Mengapa mesti gunakan serana serana yang Allah SWT berikan kuasa kepada nya.....cuba kita renungkan dalam Hikayat Laksamana Hang Tuah, apabila dia di sorok kan oleh Datok Bendahara di Hulu Melaka, beliau telah mendalami ilmu ketuhanan dan akhir nya membuang Keris Taming Sari kedalam Sungai sewaktu bersama rombongan meminang Putri Gunung Ledang, sedangkan Keris Taming Sari itu amat shakti pada cerita nya, mengapa Datuk Hang Tuah tidak mewariskan nya pada sesiapa, mengapa dia buang ke dalam sungai?...Fikir lah sebentar, dan setengah orang bercerita Datuk Hang Tuah Ghaib kerana jadi Wali. , mengapa kita muliakan keris Taming Sari itu, menjaga dan agung kan pada benda benda itu yang Allah SWT berikan kuasa, mengapa tak muliakan, menjaga dan mengagungkan Allah SWT itu sendiri.

Ingat !!!, Iblis sentiasa menunggu peluang untuk bertapak dan menguasai jalan kesesatan. Cuma kita mengatakan atau niat sahaja Keris atau benda benda lain itu ada keshaktian atau Hikmah nya, maka kita telah secara Otomatik membelakangi (Bermurafakah) kepada kuasa mutlak ALLAH SUBHA NA WA TA'ALA. kita perlu ingat bahawa sejahat jahat manusia adalah sebaik nya iblis dan syaitan nir rajim ini. awasi serta berwaspada lah dengan kebijaksanaan mereka dalam memasukan jarum kesesatan, mereka sangat licik dan bijak dalam menyesatkan sesaorang insan.

Sememang nya betul dan benar bahawa yang Bathil dan Yang Haq datang nya dari Allah SWT, yang baik dan buruk adalah dari Allah SWT, itu benar, tetapi kebijaksanaan serta Bijaksana nya kita boleh membezakan nya dan menyelesaikan masalah ini dengan mengetahui siapa yang  sebenar punyai kuasa yang Mutlak, di sini kita kena bijaksana dan bijaklaksana kan nya. Tiada yang akan bergerak melainkan di gerak kan oleh HU Allah SWT. Tiada yang di punyai melainkan kepunyaan Allah SWT semua nya semata mata. Pernah kah anda bersyukur, (Syukran innallah, Allah Hu Akbar)...bahawa sekarang ini anda bernafas, berfikir, mendapat kenikmatan yang di beri....kan itu kuasa dia (Allah SWT) .....????

Kenapa mesti punyai Hikmah selain dari Hikmah yang diberikan oleh Allah SWT sendiri terus pada kita. Hikmah dan Hikmat sebenar nya telah di bekalkan kepada kita semua tidak mengira siapa pun sejak kita di lahirkan lagi. Tahu kah anda Akal dan Fikiran itu adalah Hikmah dan Hikmat yang di maksud kan. Gunakan dengan bijaksana dan bijaklaksana.

 

Menggunakan petikan ayat ayat dari Al Quran, Al kitab kitab lain, menggunakan kitab Majarobat tertentu yang di tulis oleh orang orang tertentu yang kita tak tahu ada kah dia pemegang Wasitah Allah SWT, atau sebenar nya seorang yang bijaklaksana, kerana segala ilmu kebatinan atau keshaktian rajah dan ayat hafalan apa pun adalah rahsia Allah SWT, yang akan di perturunkan kepada yang kenal siapa Allah SWT tu sebenar nya dengan NYATA dan yang Bakakbilah dengan nya. Kerana rahsia  sesungguh nya tidak punyai kitab rujukan atau amalan, kitab rahsia yang di ajar terus oleh Allah SWT sendiri dengan Qalam nya sendiri kepada yang terpilih....siapa dia yang terpilih....sudah tentu yang cukup syarat seperti yang di nyatakan di atas. Adakah ini ajaran sesat. Mungkin sesat pada yang tak tahu tetapi bukan ajaran sesat pada yang tahu....Anda solat setiap waktu, tahu kah anda apa dia 2,4,4,3,4 itu pada hakikat nya. Subuh dua Rakaat, mengapa subuh dua rakaat?, Dzuhur 4 rakaat, tahu kah anda mengapa ianya 4 rakaat serta seterus nya....setiap yang di adakan atau di ujudkan oleh Allah SWT mesti ada maksud dan Hikmah nya tertentu. Seperti Apa dia sebenar nya Dua kalimah syahadah itu, fungsi nya apabila kita ucapkan nya, apa kena mengena kalimah syahadah  dengan Dunia ini serta pada kejadian kita. Bukan nak memeluk Agama Islam sahaja yang patut membaca nya tetapi wajib tahu peranan dan fungsi nya kalimah syahadah ini di ujud kan oleh Allah SWT. Siapa jadi saksi dan siapa yang menyaksikan serta siapa pula penyaksian  nya didalam ucapan kalimah ini. Siapa dia perusuh Allah dan siapa dia Muhammadar rasul lul laah itu dalam ucapan kalimah tersebut, mengapa Muhammadar tak Muhammadin atau Muhammadan. Ini semua ada pengertian dan makna nya tertentu. Kita kaji ini. Siapa naik saksi, adakah anda? atau ada yang lain. Jika anda naik saksi Rasulullaah di lantik jadi pesuruh Allah SWT, adakah anda ada di waktu peristiwa penyaksian itu. Jadi kita kena tahu apa yang kita lafaskan, jangan jadi burung tiung, tahu menyebut tapi tak tahu makna atau maksud nya...Apa yang di maksud Was as hadu AN NA ini dalam kalimah syahadah. Dalam Bahasa Arab ANNA adalah Aku atau saya. Cuba kita kemas kemas kan sabentar...ini baru ertinya  sahaja belum fungsi nya....Cuba cari cari lah Guru yang Mursyik untuk penyelesaian ini.

Menggunakan serana serana dan sebagai nya sebagai Highlight atau bertopengkan pengiklanan bagi menarik perhatian serta keyakinan kepada sesuatu produk oleh Orang bijak tertentu yang telah masyur atau Glamour atas tiket nama Islamic (Produk Islam kata nya). Bukan kah ini membelakangkan (Bermurafakah) kepada kuasa mutlak Zat Wajibal Ujud, Qolikul Alam serta memesongkan sedikit sebanyak akidah kita dengan mengatakan dan menyakin kan kepada umum bahawa sarana itu dan ini yang membantu bukan nya kuasa mutlak Allah SWT yang berfungsi?. Walaupun anda mengatakan ubatan dari klinik atau Hospital itu yang akan menyembuhkan, ini pun juga bermurafakah atau membelakangi Allah SWT juga. Ada pula yang cerdik pandai mengatakan ianya sebagai iktiar dan usaha sahaja dan adakah mereka tahu bahawa kata iktiar dan usaha itu adalah taktik iblis untuk memesongkan kita...kan dah banyak kali di katakan , doa adalah senjata orang mukmin. Apa ada pada Air dibacakan doa sifa, Kismis minda berdoa dan Coklat Minda yang masuk kan ayat serta Doa doa tertentu katanya, sedangkan "Allah humaf tah Alai na hik matakawan sur Alaina min haza hini rah mati kaya har hama ro himin"-Baca 3x. Kan  boleh di baca atau dijadikan amalan pada setiap sesi permulaan klas (Belum ada sekolah atau di kolej apatah lagi di Universiti yang melakukan nya) atau setiap kali membaca Al Qur'an serta setiap kali dibaca waktu mengulang kaji atau setiap penghimpunan setiap pagi hari Isnin di Sekolah sekolah atau di baca berulang ulang setiap waktu, ini patut di terapkan pada anak anak kita, penuntut penuntut, pelajar pelajar, tidak yakin kah ayat minta cerdik dan dapatkan hikmah dari Allah SWT ini ?.

Kismis, Air dan Coklat ini memang telah sedia ada hikmah nya jika di makan atau di minum mengikut sukatan nya, kerana ketiga nya sememangnya peransang Minda tanpa perlu di doa pun, telah di bukti oleh pakar pakar sains bahawa kesemua benda ini sememang nya ada khasiat serta kegunaan nya tertentu pada Minda, ini lah antara kuasa Allah SWT yang Maha Esa menjadikan sesuatu perkara atau benda sememang nya mempunyai hikmat tertentu nya tersendiri untuk kegunaan kia semua. Jadi mengapa menggunakan bertopengkan Islamic Product sebagai tunggak kan nya, bukan kah ini serba sedikit memesongkan Akidah nama nya?, menyuruh mempercayai benda itu yang berkuasa....

Seperti Batu Kristal, batu tersebut sebenarnya hanya mempunyai Tenaga tenaga tertentu mengikut warna dan jenama nya BUKAN ada kuasa Hikmah, shakti atau sebagai nya. Mengapa di permainkan serta memperolokkan benda benda ini semata mata untuk keuntungan peribadi dan serba sedikit telah memesongkan akidah kita kerana mempercayai ke benda benda selain dari kuasa mutlak Allah SWT itu sendiri, bukan kah ini Bermurafakah kepada Zat Wajibal Ujud, Qholiqul Alam nama nya....jom semak semak.

Mengapa mesti membelakangkan Allah SWT, percaya pada benda yang dibaca dengan ayat suci kata nya, air yang di baca zikir beserta ayat ayat sifa kata nya, wafak, tangkal, buah dan lain lain selain dari kuasa Allah SWT itu sendiri. Insan atau Orang itu belum tentu makbul doa nya dan amalannya sendiri belum tentu di terima oleh Allah SWT, sebab belum di ambil oleh Allah SWT berpihak kepada nya lagi, dan mereka sendiri tak mengenal siapa nya Allah SWT sebenar  ya, jika mereka tahu dan kenal Allah SWT, perkara ini tak akan terjadi, yakitu bermurafah (Membelakangkan kuasa mutlak Allah SWT) pada Illahi. Bukan nak tunjuk pandai atau me reka me reka cipta kan cerita, tapi dari 4 sifat berahlak mulia yang pertama adalah Tabligh, yakni berpesan pesan, menyampai yampaikan. itu sahaja yang di utarakan disini, saling ingat mengingati.

Mereka cuma percaya pada cara perbuatan itu, hanya percaya pada ayat ayat itu sebab terbaca atau di beritahu mengenai kehebatan ayat ayat tertentu tersebut, (Seperti yang telah di nyatakan terdahulu bahawa BETUL kata kita, belum tentu BETUL kata Allah SWT), tetapi kita kena tahu dan mungkin telah tahu juga bahawa semua ayat ayat suci ada malaikat penjaga nya, di sini lah Iblis akan memain kan peranan dengan sebebas nya kerana kita telah membelakangkan kuasa Mutlak yakni kuasa kepunyaan Allah SWT sebenar nya.

Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memerintah Para Malaikat penjaga ayat ayat serta zikir zikir ini bertugas (berfungsi), pada ayat ayat mana sekali pun ada malaikat yang menjaga nya tetapi para malaikat ini tak berfungsi atau tak bertugas kerana tiada arahan dari Allah SWT untuk berfungsi, kerana kita tak pernah meminta pada Allah SWT untuk menyuruh para Malaikat tersebut berfungsi, orang zikir kita zikir tapi zikir kita kosong dan masuk kantong iblis, orang menyebut nama Allah kita pun sebut tapi kita menyebut nya kosong tanpa berkat sebab itu jika di bakar atau terbakar kertas ayat ayat ini sudah pasti ianya terbakar. Tetapi jika Para Malaikat yang menjaga nya berfungsi, mustahil ayat ayat ini boleh di bakar.....

 Ustaz, Tok Guru, Imam atau sesiapa pun sahaja yang bukan pemegang Wasitah Allah SWT     (- yang mendapat Wasitah Allah SWT ini hanya Para para Rasul dan para Nabi nabi, Para Syuhadah dan Solihin, Para para Ambia, para Wali wali Allah SWT serta Para Wali Qutub (Ketua Para Wali Allah SWT) dan ketua para Malaikat di dunia ini yakni Malaikat Mukorabbin sahaja). Selain dari itu sesiapa pun tidak mempunyai kelayakan memerintah Para Malaikat penjaga ayat ayat itu menjalankan tugasan mereka, jadi macamana Bekas Artis, Motivator, Tuan Haji Tuan haji, bekas Atlit, "Pendakwah Instant", penceramah Agama, penceramah instant, Para Pendakwah selebriti, Tok Guru atau Ustaz boleh?, sebab mereka hanya pakar dalam segi ilmiah, Akidah serta Syiar sahaja nya sahaja, mereka ini bukan pemegang Wasitah Allah SWT...  musykil juga. Bertanya lah pada yang Mursyik untuk mendapatkan kepastian dan kebenaran kenyataan ini.

Firman Allah SWT :

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Erti yang bermaksud :

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

- (Surah At-Talaq : Ayat 3)

Maka Iblis pula akan bertapak di situ  mengambil alih tugasan ini (Pada Ayat ayat itu), iblis akan masuk jika kita walaupun sebesar zarah membelakangi Tuhan. (Ingat !...perbuatan iblis itu sama tetapi tak serupa, ia menyuruh kita megerjakan solat juga dan kuat berzikir dan banyak kan beribadah, tetapi semua itu untuk mereka (Makanan mereka)...di sini lah iblis memesongkan pandangan kita....Penceramah  menggunakan lawak Jenaka pada ceramah mereka pasal nak  ambil perhatian, Famous dan Glamour (Iblis kata untuk beri perhatian konon nya jangan mengantuk gesek si iblis), tidak kah kita sedar bahawa satu ketawa akan melahirkan beberapa ekor Iblis, pesanan Nabi SAW, jangan ketawa, senyum aje, jika nak ketawa juga jangan sampai Nampak Gigi, ini sabda nya). Di saat ini lah peluang sebesar nya para iblis memasuk kan jarum kesesatan mereka. Allah SWT tidak melarang Iblis dan Syaitan memasukkan jarum kesesatan mereka melalui apa juga cara, sebab telah di benarkan sewaktu permintaan para iblis dan syaitan untuk menyesatkan Anak anak Adam sebelum tiba hari kiamat nanti, semasa mereka di laknati dahulu. Allah SWT tidak  mungkir walaupun pada siapa pun, Kebenaran menyesatkan anak Adam pada yang ingkar, sombong, bongkak dan Takbur dan membelakangkan Allah SWT sahaja yang akan masuk kejerat para iblis, Jin dan syaitan ini. Jangan Salahkan Iblis, Jin atau Syaitan itu pula kerana perbuatan mereka juga menjalankan amanah dari Allah SWT, salahkan diri sendiri kerana Buta, Tuli dan Dungu (sebab itu Allah SWT tidak suka pada tiga perkara ini), kerana kita tidak mahu mengkaji dan mempelajari hingga ke puncak sehalus nya rahsia keilmuan Allah SWT sebab Sombong. Takbur, Riak dan Bongkak, lalai dengan keindahan dan alunan kemewahan, mahu di sanjung, mahu di kenang, Mahu tinggi Degree, Mengagungkan dunia sahaja serta mengejar  Pangkat dan Darjat, Gaji yang banyak sebab kelulusan Universiti Al Azhar. Yang paling Utama kepada mereka yang suka mempunyai sesuatu yang sebenar nya bukan Hak milik kita. Contoh Ilmu Awang Kenali lah, Ilmu Kyai Shamsuddin lah dan sebagai nya. Kan semua nya hak mutlak milik kuasa Allah SWT, walaupun nyawa kita sendiri ada lah hak mutlak Allah SWT.

Jika Isteri anda hak milik anda mengapa Allah SWT mengambil nya kembali ke Rahmatullaah, begitu juga anak perempuan anda, mengapa di beri pada Suami nya, bukan kah dia (Anak perempuan anda) itu anak anda, zuriat anda, hak anda, sebegitu juga dengan kemewahan serta harta benda milik anda kata nya, mengapa sewaktu kembali ke Rahmatullaah anda tak bawa sekali......semak semak serta Renungkan lah sebentar bersama sama.

Firman Allah SWT

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَوَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ مِنَ الْجَنَّةِ غُرَفًا تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ نِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

كَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

Erti nya yang bermaksud :

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh; Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 :-(Surah Al-Ankaboot - Ayat 57, 58 & 59)

Benar dan Sah mereka pergunakan nama Allah SWT, menggunakan kalimah Allah SWT dan Asma Al Husna nya tapi, kita kena tahu dan peka bahawa iblis juga menggunakan bahasa yang sama, mereka pun mengucap dua kalimah syahadah juga dan yang paling dahsyat lagi adalah boleh menjaminkan sesuatu. (lagi pun  bahasa Arab tu Bahasa mereka juga, Bahasa kita Bahasa Melayu, kita perlu sentiasa ingat, para iblis dan syaitan ini telah beribu tahun sujud kepada Allah SWT terdahulu dari kita, mereka adalah ketua Malaikat pada semua Malaikat (yakni Malaikat Azazil), terdahulu sebelum di laknati, sebarang ayat Allah SWT mereka hafal dan lancar serta tahu Erti nya yang sebenar kerana selahir nya mereka telah mula membaca dan mengkaji Al Quran. Kita umur 7 tahun baru nak Start Alif, Ba Ta.  Walaupun pada umur semuda 5 tahun dah boleh baca Bismil laah tapi pernah kah kita beritahu pengertian Bis mil laah itu pada mereka, jadi mereka tu sama lah seperti burung tiung, tahu berkata tapi tak tahu erti. Tetapi mereka (Para Iblis dan syaitan) itu cerdik serta pintar menggunakan nya agar supaya kita percaya dan terpedaya dengan memesongkan pandangan kita, SEBAB mereka gunakan Bahasa Al Quran juga untuk menyesatkan kita), Mereka memesongkan pandangan kita dengan peralatkan kalimah kalimah serta ayat ayat Al Qur'an Al Qarim. kerana kita buta, tuli dan dungu sebenar nya, maka kita terpedaya dengan taktik si iblis dengan penggunaan ayat ayat Al Quran itu tadi. Mereka tidak takut mempersenda kan ayat atau firman atau apa sahaja bagi tujuan menyesatkan kerana mereka (Iblis, Syaitan dan Jin) dah tentu Ahli Neraka.... Pernah saya bertanya pada sesaorang apa kah erti nya BISMIL LAAH HIR RAH MAN NIR RAHIM itu, dia menjawap -"Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang", Jawap nya sememang nya benar dan  betul jika saya meminta terjemahan nya, tetapi yang saya minta adalah ERTI nya. Jadi Kebijaksana dan Bijaklaksana  perlu supaya jangan salah pandang atau salah dengar pada ajakan dan bisikan Iblis, Jin dan Syaitan ini.  Kaji dulu erti sebenar nya ayat Al Quran Al Qarim tu dengan pasti....

Ikut lah cara Syaidina ALI R.A, beliau sentiasa meggunakan Akal dan Fikiran nya. kerana beliau adalah bijaksana dan bijaklaksana. Beliau lah Terkaya,  Terpandai, Terpuji, paling berani serta Terhandal di zaman Rasullullaah SAW.

 Adakah kita kenal siapa dia Allah SWT sebenar nya (Seperti Firman nya yang bermaksud= "Se awal mengenal Aku, kenali lah diri kamu serata rata nya baharu kenal aku dengan NYATA" serta   "Aku lebih dekat kepada kamu dari urat leher kamu" dan yang paling Shaih dan sah adalah - Ila hin Naas), kita kaji dan semak semak sebentar.....

Jika cuma setakat percaya dan yakin sahaja akan keujudan nya Allah SWT, kita yakin sahaja adanya Allah SWT itu tetapi tak pernah mahu kenal pasti siapa kah Allah SWT itu sebenar nya, jangan cari Allah SWT, tak akan jumpa, tetapi kenali lah siapa Allah SWT itu, insa Allah kita jumpa Allah SWT, kerana jika kita tahu dan kenal  siapa dia Zat Wajibal Ujud, Qholiqul Alam ini siapa  sebenarnya, sudah pasti dunia ini aman dan tenteram tiada perang, pergaduhan dan lain lain yang memusnah kan. Tidak akan ada ajaran sesat, penipuan antara sesama, pembunuhan sesama insan, berperang sesama Islam dan sebagai nya. Oleh sebab dek percaya sahaja  dan tidak pernah mahu mengenali siapa dia Zat Wajibal Ujud, Kholiqul Alam, maka iblis pun kehadapan dan memesongkan pandangan kita mengatakan Hutang darah di bayar dengan darah, hutang nyawa di bayar dengan nyawa, adakah ini benar, maka dialah (Iblis) punyai kuasa tersebut, kerana mereka (Iblis, Syaitan dan Jin) kenal siapa dia Allah SWT..... maka terjadilah Tuhan itu sebenar nya SATU tetapi ketuhanan itu menjadi banyak seperti yang terdapat sekarang ini..

 Bagaimana kita tahu bahawa doa serta permintaan kita sudah sampai kehadrat Allah SWT dan bagaimana cara kita meminta, kerana minta dan mohon adalah dua kalimah yang sangat berbeza, kebanyakan kita hanya berdoa yaitu memohon,  masih mengharapkan yang tak pasti dapat nya, tetapi Allah SWT menyuruh kita minta pada nya - pasti dapat, dua persoalan yang amat berbeza antara minta dan memohon...maka semak semak lah kerana BENAR kata kita, masih belum pasti BENAR kata Allah SWT.

Zat Wajibal Ujud, Kholiqul Alam memberi dua kelebihan pada Mahluk nya yang bernama Manusia (Insan) berbeza dari Mahluk selain nya yang dia cipta hanya di beri kan otak sahaja, kelebihan itu adalah Akal dan Fikiran yang tiada pada mahluk selain Manusia atau nama sekarang di panggil Minda. Mengapa kita tak gunakan nya. Pernah salah seorang Guru berkata : " Allah SWT itu suka pada orang yang cerdik dan pintar, bijaksana dan bijaklaksana " (Menggunakan Akal dan Fikiran yang diberi).

     

Maka alangkah eloknya kalau mereka meminta kepada Aku dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Aku? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperolokkan pada (pandangan) mereka pada apa yang mereka telah lakukan.

 -- [Al-An'am 6:43]

Peringatan Penting : Iblis adalah ketua para  sekelian Para Malaikat di dunia dan di langit sebelum ujud nya Nabi Adam a.s, jadi mereka juga tahu mengucap kalimah syahadah dan tahu fungsi nya kalimah syahadah, maka berhati hati lah dengan tipu serta asutan mereka.,mereka samggup mempersendakan apa sahaja termasuk lah menipulasikan firman dan Allah SWT, kerana mereka adalah Ahli Neraka, Jangan sampai terpengaruh dengan asutan mereka, hanya ilmu sahaja yang boleh membezakan antara Haq dan Bathil.

Merata rata para Ustaz, pendakwah serta para Ulama berkata serta menyatakan bahawa Doa serta berserah pada Allah SWT adalah senjata pada orang Mukmin tetapi masih percaya pada benda benda dan serana serta pada pendamping pendamping, prewang prewang serta Khodam. Adakah anda tidak Haq Qul Yaqin pada firman nya yang bermaksud, "Minta lah pada ku, akan ku perkenankan pintaan mu" - Surah Al-Mukmin ayat 60......

Mengenai Nafsu pula adalah kepada bawaan kita sendiri, Jika kita mahu Nafsu itu ke Jalan Allah SWT maka kita yang membawa nya ke jalan itu dan jika kita mahu Nafsu itu ke jalan kebatilan, itu terserah kita. Allah SWT telah anugerah kan kita Akal dan Fikiran, maka gunakan lah Anugerah yang tidak ternilai ini sebaik mungkin, biar sesal dahulu, jangan sesal di kemuddian hari. Akhir qalam, jika mahu tahu dan memperjuang ke jalan Allah SWT maka kita berani lah meminum racun yang terletak diantara Allah dan Kita........


   Seperkara lagi.....Jika Allah SWT memberi anda dua pilihan.:

Pilihan A) - Jika kamu buat salah, kamu akan mendapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu dapat Pahala.

atau

Pilihan B) - Jika kamu buat salah, kamu tak dapat dosa dan jika kamu berbuat baik, kamu tak dapat Pahala.

yang mana satu pilihan anda, A atau   B...cuba semak-semak kan dengan teliti, jawapan nya akan di ketahui samada anda bermatabat tinggi atau sekadar burung Tiong, ikut kata sahaja tanpa tahu erti nya.

"Ambil lah sebahagian harta mereka menjadi sedekah (zakat / Amal Jariah) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka dari yang buruk".- Surah At-Taubah, ayat 103

Nasihat: Rujuk lah kepada Guru Mursyik terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan mengenai renungan di atas ini.

 

 

Hipnosis / Prana Bainur / Alfa Learning / HypnoParenting / Subliminal CD / Dapatkan Wanita Tanpa di sedari / HypnoRamping / Ilmu Haq Diri / Hipnosa Diri / Hypnotherapy / Biodata Pembimbing  /  Senam Fizik / Covert Hypnosis / Ilmu Pengasih / Subliminal Flasher / Law of Attraction / Cosmic Ordering / Komisen Lumayan / Minda


 

zullias.blogspot.com

 

..Web site and all its contents Copyright Mind Tech MK 2005-2014, All rights reserved.. ......Web site and all its contents Copyright Mind Tech MK 2005-2014, All rights reserved.. ......Web site and all its contents Copyright Mind Tech MK 2005-2014, All rights reserved.. .....